Assalamualaikum.
Perancangan Allah penuh rahsia yang tak terjangkau dek akal fikiran manusia yang waras. namun, walau bagaimanapun kejadian yang ditakdirkan, Dia Maha Mengetahui setiap sesuatu. kalau ada yang mengharap selain daripada Dia, ketahuilah bahawa ianya bukan jawapan yang tepat kepada soalan yang dicari.
Manusia sering merancang dan mengharap perancangan itu akan menjadi kenyataan walaupun ianya bukan yang terbaik buatnya. sebagai contoh, seorang gadis berharap agar jejaka yang dicintainya akan menjadi teman hidupnya hingga hujung nyawa. namun, takdir menentukan sebaliknya. sampai satu tahap, dia putus harapan dan mengharap pada yang tidak pasti. walau apapun penghujungnya nanti, dia tetap akan kembali pada Dia yang telah menentukan sebaliknya untuk si gadis.
Sakura : don't hopes too high so that when you fall, you won't hurt so deep.
betul..kita hanya merancang tapi Allah menentukan.. TETAPI .. merancang dengan usaha bukan merancanag sahaja..yekk
ReplyDelete